RCI Tabung Haji: SPRM selesai rakam keterangan bekas CFO

Abd Halim
Abd Halim
A
A
A

SHAH ALAM – Proses rakaman keterangan membabitkan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa berkaitan pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta selesai pada Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, sesi rakaman percakapan itu merupakan hari keempat dan terakhir selepas bermula sejak Selasa lalu.

"Hari ini adalah hari keempat dan terakhir SPRM merakam percakapan bekas pegawai kanan tersebut.

"Sesi rakaman percakapan beliau bermula jam 9 pagi tadi dan berakhir jam 6.30 petang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan keterangan bekas CFO berkenaan direkodkan lebih enam jam pada Rabu bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa membabitkan pembelian saham dua syarikat perladangan berkenaan.

Rakaman percakapan itu dibuat susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!