Batal lesen Network School, operasi dihentikan berkuat kuasa esok
Iklan
Network School di Forest City.
JOHOR BAHRU- NSO Malaysia Sdn Bhd (Network School) di Forest City diarahkan menghentikan semua operasinya selepas lesen perniagaannya dibatalkan berkuat kuasa esok, susulan keputusan Mesyuarat Penuh Khas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri menyokong sepenuhnya keputusan MBIP itu yang dibuat selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan oleh pihak syarikat.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil selepas aduan dan maklumat disahkan, pemeriksaan dijalankan, ketidakpatuhan dikenal pasti serta proses undang-undang disempurnakan.
"Kerajaan negeri akan terus memperketat penyelarasan antara agensi agar sebarang ketidakpatuhan dapat dikesan dan ditangani segera," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Isu Network School di Forest City menjadi perhatian selepas timbul dakwaan dalam media sosial bahawa program berkenaan disertai warga asing, termasuk individu yang didakwa memiliki kewarganegaraan Israel dan memasuki Malaysia menggunakan pasport negara kedua.
ARTIKEL BERKAITAN: KDN siasat operasi 'Network School' di Forest City
Iklan
BDS tuntut penjelasan terperinci projek Network School di Forest City
Dakwaan warga Israel sertai Network School di Forest City, Onn Hafiz gesa siasatan menyeluruh
Susulan itu, Jabatan Imigresen menjalankan naziran terhadap komuniti antarabangsa di Forest City, dengan Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban mengesahkan naziran itu membabitkan pemeriksaan terhadap 266 warga asing dari 40 negara.
Menurut Onn Hafiz lagi, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu pembangunan negeri.
Bagaimanapun katanya, tiada mana-mana pelabur, syarikat atau organisasi boleh diletakkan mengatasi kedaulatan undang-undang negara.
Dalam pada itu, beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan berkaitan meneruskan siasatan.
Jelas beliau, tindakan tegas perlu diambil sekiranya terdapat penyalahgunaan pasport kedua, salah nyata identiti, pelanggaran syarat kemasukan atau apa-apa kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila Johor merupakan pintu masuk strategik negara yang bersempadan dengan Singapura.
"Sebarang kelemahan atau penyalahgunaan sistem imigresen mesti ditangani segera, tegas dan tanpa kompromi," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:  Batal lesen, permit Network School jika langgar undang-undang - Tunku Mahkota Ismail
Beroperasi tanpa lesen, salah sebuah premis Network School dikenakan notis henti niaga
Isu Network School: ABIM cadang gubal Dasar Keselamatan Ekosistem Inovasi Nasional
Beliau turut menggesa Kementerian Digital dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengambil tindakan sewajarnya terhadap status Malaysia Digital atau sebarang pengiktirafan yang diberikan kepada organisasi berkenaan sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap syarat atau prinsip yang ditetapkan.
Pada masa sama, Kerajaan negeri menggesa semua agensi berkaitan memperketat proses 'due diligence', termasuk semakan latar belakang, pemilikan, sumber pembiayaan, bentuk operasi serta naratif yang dibawa oleh mana-mana syarikat atau organisasi.
Katanya, penyelarasan antara agensi juga perlu diperkukuh supaya setiap pelaburan atau inisiatif antarabangsa diteliti secara menyeluruh dari aspek pelesenan, imigresen, keselamatan, penggunaan premis dan pematuhan undang-undang.
"Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan Johor kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini, tanpa berkompromi terhadap keselamatan, kedaulatan dan undang-undang negara.
"Semua perkara berkenaan telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail," katanya.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788322/edisi/johor/exco-johor-diarah-terus-turun-padang-tiada-ruang-bulan-madu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.