SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Laman Maharani, Muar selama empat hari bermula Khamis dengan sasaran mengumpul dana RM200,000 bagi membantu golongan memerlukan di kawasan itu.
Syed Saddiq berkata, larian itu merupakan simbol kesyukuran selepas beliau melalui perjuangan selama enam tahun bagi membersihkan namanya, selain mahu berkongsi rezeki dengan masyarakat.
ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas
'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh
'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas
Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq
'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Keluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah
'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq
"Saya rasa ini adalah perjalanan terbaik untuk menunjukkan kesyukuran saya dengan memberi semula kepada masyarakat, khususnya warga Muar," katanya kepada pemberita sebelum memulakan larian di Istana Kehakiman pada Khamis.
Larian yang bermula selepas jam 5 petang itu turut disertai tunangnya iaitu penyanyi dan pelakon, Bella Astillah serta dua lagi individu.
Menurutnya, dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membeli iPad bagi membantu mahasiswa yang memerlukan, selain menyediakan bakul makanan kepada keluarga kurang berkemampuan.
Beliau berkata, sambutan orang ramai terhadap inisiatif itu amat menggalakkan apabila sumbangan mula diterima walaupun larian belum bermula.
Mengulas cabaran sepanjang larian, Syed Saddiq berkata, beliau memilih untuk memberi tumpuan kepada setiap langkah yang diambil tanpa terlalu memikirkan halangan yang mungkin dihadapi.
Beliau turut menjelaskan pemilihan Istana Kehakiman sebagai lokasi permulaan mempunyai makna yang cukup besar kerana tempat itu menjadi titik permulaan beliau memperoleh keadilan.
"Selepas enam tahun saya berjuang mendapatkan keadilan, saya memilih untuk memulakan larian di sini sebagai tanda kesyukuran terhadap institusi kehakiman negara yang telah mengembalikan nama baik saya," katanya.