SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) memutuskan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026, sebaliknya kekal menyokong semua calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) ke-143 yang berlangsung pada Khamis.
Menurut kenyataan dikeluarkan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mesyuarat berkenaan membincangkan dua agenda utama iaitu penilaian pasca PRN Johor 2026 dan hala tuju parti bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan 2026.
ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka
Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin
'Formula Johor' boleh jadi resipi BN
Beliau berkata, mesyuarat itu sebulat suara bersetuju bahawa Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) kekal menyokong semua calon PN yang bakal dinamakan bagi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.
PRN Negeri Sembilan 2026 membabitkan pertandingan di 36 kerusi DUN.
Bagaimanapun, kenyataan Pejuang hanya merujuk kepada sokongan parti itu terhadap calon PN yang akan dinamakan bagi 11 kerusi DUN, selain membantu gerak kerja kempen gabungan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - Aminuddin
DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH
Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi
Setakat ini, senarai penuh calon PN yang akan bertanding di semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan masih belum diumumkan secara rasmi.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai, manakala pengundian berlangsung pada 1 Ogos.