SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa beberapa pemimpin UMNO terus menjadi sasaran pelabelan dan kritikan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis, beliau berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini dilabel dengan pelbagai gelaran termasuk 'budak-budak', 'lembab', 'rasis' dan 'pendek'.
Dakwanya, situasi sama kini mula berlaku di Negeri Sembilan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka
Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin
'Formula Johor' boleh jadi resipi BN
Akmal berkata, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat, pula kini mula dilabel sebagai 'pembuli'.
"Tok Mat sudah mula dilabel pembuli pula. Ok kita tengok apa lagi yang mereka nak cakap tentang Tok Mat," katanya.
Hantaran itu dipercayai sebagai reaksi terhadap kenyataan Timbalan Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Shafi Muhammad yang menyifatkan Mohamad mempersenda keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - Aminuddin
DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH
Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi
Saifuddin berkata, kenyataan Mohamad itu tidak matang dan tidak mencerminkan kedudukannya sebagai seorang menteri dalam Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, kenyataan berkenaan lebih menyerlahkan watak Tok Mat sebagai 'pembuli politik' berbanding seorang pemimpin berpengalaman yang sepatutnya mengangkat budaya politik matang dan berhemah.