Mangsa kes tikam pelajar makin pulih, dijangka keluar hospital esok

Iklan
Anfaal pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Usahanita Digital 2026 dan Bengkel Latihan Asas di Dewan Bankuet, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

SHAH ALAM - Pelajar yang cedera dalam insiden tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting dijangka dibenarkan keluar dari hospital seawal Rabu.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, perkara itu dimaklumkan oleh doktor ketika beliau menziarahi mangsa di hospital pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dalam proses pemulihan selepas menerima rawatan susulan akibat kecederaan yang dialaminya.

“Setakat saya menziarahi mangsa pada Khamis lalu, doktor memaklumkan dia memerlukan kira-kira seminggu sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan berkemungkinan pada Rabu,” katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Iklan

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin

Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh

Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Usahanita Digital 2026 dan Bengkel Latihan Asas di sini pada Selasa.

Mengulas perkembangan siasatan, Anfaal berkata, beliau belum menerima sebarang maklumat baharu kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Menurutnya, insiden itu perlu dilihat dari sudut kemanusiaan kerana membabitkan dua remaja yang masing-masing berusia bawah 18 tahun.

“Kita perlu menangani kes ini dengan penuh ihsan terhadap kedua-dua pihak sama ada mangsa mahupun suspek kerana mereka masih kanak-kanak.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi memperkukuh usaha pencegahan menerusi Program Advokasi Lindung Kasih.

Katanya, antara fokus yang diberikan ialah memperkasakan pembimbing rakan sebaya supaya mampu mengenal pasti lebih awal tanda-tanda buli, pelajar yang menjadi mangsa buli serta mereka yang berdepan masalah kesihatan mental sebelum dirujuk kepada kaunselor sekolah.

“Kita mahu mencegah, bukannya bertindak selepas berlaku insiden yang meragut nyawa atau menyebabkan kecederaan.

“Sebab itu program advokasi akan diteruskan secara berterusan bersama semua agensi berkaitan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU

Kes tikam di sekolah: Suspek dakwa tidak puas hati dengan beberapa individu kerana dibuli - Polis

Kes tikam pelajar: Suspek beli pisau secara dalam talian, datang sekolah naik e-hailing

Kes tikam di sekolah: 10 nama pelajar tular dipanggil beri keterangan

Kes tikam: Remaja perempuan dibawa ke mahkamah pagi ini

Menurut Anfaal, JKM Daerah Kuala Langat turut menawarkan khidmat kaunseling bukan sahaja kepada mangsa dan bapanya, malah kepada rakan sekolah yang berada di lokasi kejadian kerana dipercayai mengalami trauma akibat insiden tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan langkah lebih tegas dalam mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak susulan insiden tikaman membabitkan pelajar berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa kanak-kanak bawah usia 16 tahun tidak sepatutnya dibenarkan memiliki akaun media sosial dan penguatkuasaan terhadap perkara itu perlu diperkasakan bagi melindungi mereka daripada pengaruh negatif.

“Tindakan pencegahan perlu diberi keutamaan bagi memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada kandungan atau pengaruh yang boleh menjejaskan perkembangan emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka,” katanya.