'Jam 1 pagi terima panggilan suami meninggal dunia' - Hafiz 'pergi' tinggalkan isteri, anak usia tiga bulan

Iklan
Farah Aqilah berkongsi WhatApps terakhir suami sebelum maut dalam nahas libatkan lebih 30 motosikal dan sebuah kereta di di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kemaman.

KUANTAN – Pesanan Whatsapp dari suami berkongsi gambar nasi goreng yang dipesan menjadi komunikasi terakhir mereka sebelum mendapat khabar suaminya itu meninggal dunia dalam nahas libatkan lebih 30 motosikal dan sebuah kereta di di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kemaman di sini pada awal pagi Sabtu.

Farah Aqilah Mohamad Nazri, 30 berkata, selepas berkongsi gambar itu, suaminya, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33 tidak lagi menghubunginya.

Iklan
Iklan

"Kira-kira jam 1 pagi saya dapat 'call'. Ingatkan dari suami.

"Rupanya panggilan dari isteri kawan suami, beritahu arwah terlibat kemalangan di LPT1," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Sabtu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis

Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis

Iklan

Jenazah Muhammad Hafiz Al Hakim dituntut keluarga kira-kira jam 12.25 sebelum dibawa menggunakan van jenazah ke masjid untuk diuruskan.

Farah Aqilah berkata, berita itu amat mengejutkan selepas mendapat tahu suaminya antara empat yang terkorban dalam nahas awal pagi itu.

"Kami last bertemu sebelum dia keluar rumah pada petang Jumaat.

"Arwah hanya memaklumkan dia nak keluar ke Kuantan berjalan-jalan bersama rakan-rakan. Saya sudah tahu kerana suami pernah beritahu hajatnya untuk makan-makan di sebuah restoran terkenal di sini beberapa hari lalu," katanya.

Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman pada awal pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPT

Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis

Nahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospital

Pekerja di sebuah syarikat swasta di Paka, Terengganu itu berkata, suaminya yang bekerja sebagai pemandu meminati motosikal dan aktif menyertai aktiviti permotoran sejak memiliki motosikal Yamaha RX-Z beberapa tahun lalu.

"Saya tidak menghalang minat suami tetapi tak pernah ikut sebab memang tak minat aktiviti 'ride'," katanya sebak.

Arwah Muhammad Hafiz turut meninggalkan anak lelaki, Muhammad Hud Qays, yang baru berusia tiga bulan.

Antara mangsa yang maut Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, (kanan), Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33,(atas, kiri) dan Muhammad Safawi Md Noh, 24, (kiri)

Sementara itu, bapa Allahyarham Muhammad Hafiz Al Hakim, Mazlan Abdullah, 61 berkata dia hanya mengetahui kemalangan yang menimpa anak ketiga daripada enam beradik itu menerusi panggilan telefon.

"Saya tidak tahu sangat apa yang berlaku.

"Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, Terengganu sebaik selesai bedah siasat," katanya.

Dalam nahas kira-kira jam 1 pagi itu, selain Muhammad Hafiz Al Hakim, turut maut di tempat kejadian Che Mohd Sufian Che Ghani, 40 dan Mohd Aizat Husni, 33 dari Jerteh,Terengganu.

Farah Aqilah Mohamad Nazri

Seorang lagi penunggang, Muhammad Safawi Md Noh, 24 dari Felda Neram 2, Kemaman meninggal dunia semasa menerima rawatan di HTAA di sini.

Penumpang belakang kereta jenis Toyota Vios, Nur Irish Adelia Aziz, 13 dilaporkan cedera di bahagian tengkuk dan dihantar menerima rawatan di hospital sama manakala pemandu, Muhammad Irfan Aziz, 25 tidak mengalami sebarang kecederaan.