Kes tikam pelajar: Suspek beli pisau secara dalam talian, datang sekolah naik e-hailing

Iklan
Senjata tajam itu dibawa suspek di dalam beg, sebelum dia memasuki kawasan sekolah melalui pintu pagar yang ketika itu terbuka.

SHAH ALAM – Suspek kes tikam pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting pada Isnin dipercayai memperoleh pisau yang digunakan dalam kejadian itu melalui pembelian di platform jualan dalam talian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, senjata tajam itu dibawa suspek di dalam beg, sebelum dia memasuki kawasan sekolah melalui pintu pagar yang ketika itu terbuka.

Iklan
Iklan

Pisau digunakan suspek.

"Siasatan juga mendapati suspek menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk datang ke sekolah pada hari kejadian," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.

Iklan

Mengulas sama ada berlaku kelemahan daripada aspek kawalan keselamatan sekolah, Shazeli berkata, perkara itu tidak boleh disimpulkan sebagai kecuaian pihak pengawal keselamatan.

"Tidak boleh dikatakan kelemahan pihak sekolah. Ini kerana kita perlu lagi melihat mungkin pada waktu tersebut pintu pagar dibuka disebabkan ada kemasukan ataupun individu yang keluar.

Iklan

Selain itu, Shazeli mengesahkan menerima maklumat bahawa suspek merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori autisme, namun perkara tersebut masih dalam siasatan lanjut bersama pihak berkaitan.

"Kita turut meneliti kemungkinan pengaruh media sosial terhadap pemikiran dan tingkah laku suspek," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Beliau berkata, suspek juga dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak kira-kira lapan bulan lalu dan mengikuti pembelajaran di rumah atau 'homeschooling' susulan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Suspek pernah terlibat dalam satu insiden terjatuh dari bangunan sekolah pada penghujung tahun lalu," katanya.

Mengenai latar belakang keluarga suspek, Shazeli memaklumkan remaja itu dipercayai mempunyai isu tekanan emosi dan kemurungan, namun punca sebenar masih dalam penilaian pakar serta siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin

Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh

Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU

Dalam insiden kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera di beberapa anggota badan selepas dipercayai ditikam suspek di kawasan sekolah dengan senjata pisau.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.