BANTING - Beberapa keping surat yang dipercayai milik remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga suspek kes tikam di sebuah sekolah di sini tular di media sosial.
Tinjauan Sinar Harian beberapa akaun media sosial Threads mendapati surat-surat terbabit mula dimuat naik sejak insiden itu berlaku pada Isnin.
Difahamkan surat atau nota itu berkisarkan tentang diri suspek serta beberapa individu.
"Saya sangat sedih sebab psikiatri tidak benarkan saya ke sekolah.
"Saya nak pergi ke sekolah, belajar dengan kawan-kawan..ketawa dengan kawan-kawan," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah
Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin
Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh
Suspek kes tikam pelajar direman empat hari
Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU
Selain itu, turut tular paparan gambar kad orang kurang upaya (OKU) dipercayai milik suspek, rakaman video insiden serta gambar yang dikaitkan sebelum insiden itu berlaku.
Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan lanjut pihak polis tentang kesahihan surat tular terbabit.
Sinar Harian juga difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat berkenaan pencerahan insiden terbabit.
Dalam insiden kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera di beberapa anggota badan selepas dipercayai ditikam suspek di kawasan sekolah dengan senjata pisau.
Suspek yang dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana rawatan kesihatan dipercayai memasuki sekolah melalui laluan utama.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.