'Anak masih trauma ditikam, air mata tak henti mengalir' - Bapa

Iklan
Mohd Firuz, berkongsi mengenai keadaan anaknya yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting.

BANTING -"Anak masih lagi dalam trauma, air mata tak henti mengalir."

Itu perkongsian Mohd Firuz Ibrahim, 43, iaitu bapa kepada remaja perempuan berusia 15 tahun yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anaknya masih lagi dalam pemantauan doktor dan jururawat.

"Pagi ini Alhamdulillah... nampak semakin stabil dan dia (anak) kata rasa tak sakit sangat.

Iklan

Mohd Firuz (dua dari kanan) ketika ditemui pemberita di Hospital Banting pada Selasa.

"Semalam (Isnin) dia (anak) berada di ICU (unit rawatan rapi) dan malam tadi pindah ke wad selepas empat jam di bilik bedah," katanya kepada pemberita di Hospital Banting di sini pada Selasa.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Suspek perempuan yang juga pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun dikatakan masuk ke kawasan sekolah melalui laluan utama sebelum menikam mangsa di beberapa bahagian badan.

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin

Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh

Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU

Ahli keluarga kepada pelajar mangsa tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting berada di Hospital Banting di mana mangsa berkenaan menerima rawatan pada Isnin. Foto Bernama.

Tambah Mohd Firuz, hari ini anaknya sudah mula bercakap, minum dan makan yang ringan-ringan sahaja.

Ketika ditanya jangkaan bila mangsa akan keluar hospital, dia memaklumkan paling cepat adalah seminggu dan bergantung kepada keadaan pemulihannya.

"Sebab kita pun tak pernah pukul, luka sikit pun sakit apatah lagi tikam. Benda dah jadi, kita terima dengan reda," ujarnya.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, Isnin dipercayai berlaku ketika mangsa berada di kantin sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga berusia 15 tahun cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Suspek perempuan yang juga pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun dikatakan masuk ke kawasan sekolah melalui laluan utama sebelum menikam mangsa di beberapa bahagian badan.

Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Banting, manakala suspek ditahan polis sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.