Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU

Iklan
Peguam memaklumkan bahawa suspek perempuan dalam kes tikam pelajar sebuah sekolah merupakan OKU.

BANTING - “Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan.”

Demikian menurut peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Vijeswari Devi ketika memaklumkan bahawa suspek perempuan dalam kes tikam pelajar sebuah sekolah di sini merupakan orang kurang upaya (OKU).

Iklan
Iklan

Terdahulu, suspek berusia 15 tahun itu direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di sini.

Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tempoh reman empat hari itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

Iklan

Sementara itu, pekarangan Mahkamah Telok Datok menjadi tumpuan petugas media yang menunggu perkembangan terkini berhubung kes tersebut.

Tinjauan Sinar Harian bermula jam 8.30 pagi mendapati kira-kira 20 pengamal media berada di lokasi.

Bagaimanapun, suspek yang juga pelajar sekolah terbabit tidak kelihatan di pekarangan mahkamah.

Sinar Harian difahamkan suspek telah dibawa masuk ke kawasan mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi menaiki kenderaan polis sebelum dibawa keluar kira-kira jam 9 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga berusia 15 tahun cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.

Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting di sini direman empat hari bermula hari ini.

Suspek yang memakai kemeja-T hitam itu difahamkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin

Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh

Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.