Malaysia tidak akan bergerak ke hadapan jika kita terus berbalah - Anwar

Iklan
Anwar bersama rakan pimpinan serta masyarakat Cina ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di KLSCAH, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Pejabat Perdana Menteri

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Malaysia tidak akan bergerak ke hadapan jika pemimpin terus berbalah dan membiarkan hasutan perpecahan serta perbezaan meretakkan kepercayaan sesama mereka.

Beliau menegaskan, kekuatan negara terletak pada muafakat dan kesediaan menyelesaikan perbezaan secara matang dan beradab.

Iklan
Iklan

Anwar meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di KLSCAH, Kuala Lumpur bersama rakan pimpinan serta masyarakat Cina. Foto Pejabat Perdana Menteri

“Sejak puluhan tahun, pemimpin terdahulu termasuk Tun Abdul Razak (Hussein) telah mengingatkan bahawa perpecahan dan sentimen perkauman adalah cabaran besar negara.

Iklan

“Hakikat bahawa perkara ini masih perlu diulang hari ini menjadi tamparan bahawa kita telah membiarkan masalah lama ini terus berlarutan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) bersama rakan pimpinan serta masyarakat Cina sekitar ibu negara.

Iklan

Anwar ketika hadir sambutan Tahun Baharu Cina di KLSCAH, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Pejabat Perdana Menteri

Anwar memaklumkan, dalam ucapannya pada majlis sambutan itu, beliau menekankan bahawa kemajuan yang dicapai negara hari ini lahir daripada semangat berpasukan dan kesediaan untuk bekerja keras merentasi kaum dan latar belakang.

“Dewan ini dekat di hati saya, tatkala ia menjadi saksi perjalanan panjang sejak di universiti dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta saat jatuh dan bangkit semula ketika memperjuangkan keadilan, reformasi dan hak setiap rakyat bersama KLSCAH dan teman-teman seperjuangan.

“Saya menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah terjalin sekian lama ini. Ia menjadi peringatan buat saya untuk terus bekerja dengan jujur, tekun dan berpegang pada prinsip keadilan dalam memikul amanah memimpin negara,” tulis beliau.