Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari

Iklan
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Iklan

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Selasa berdamaan 29 Syaaban 1447 Hijriah.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Iklan