Kehilangan Nawal Shahirah: Telefon bimbit, Ipad dikesan kali terakhir aktif pada Selasa malam

Iklan
Kehilangan seorang pelajar Universiti Malaya (UM), Nawal Shahirah sejak Selasa lalu terus menimbulkan kebimbangan.

KUALA LUMPUR – Kehilangan seorang pelajar Universiti Malaya (UM) sejak Selasa lalu terus menimbulkan kebimbangan apabila telefon bimbit dan iPad miliknya dilaporkan terakhir aktif dikesan pada malam yang sama, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keselamatannya.

Menurut hebahan yang tular di media sosial, pelajar terbabit dikenal pasti sebagai Nawal Shahirah Mohd Jamil, 23, pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Nawal tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan tempat kediamannya di Ryan & Miho, Petaling Jaya pada Selasa malam, 27 Januari lalu.

Susulan penularan kes berkenaan, Universiti Malaya (UM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan sedang bekerjasama rapat dengan pihak polis bagi membantu mengesan pelajar terbabit.

Iklan

UM memaklumkan pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil langkah segera untuk berhubung dengan pihak berkuasa serta keluarga Nawal bagi menyalurkan bantuan dan sokongan sewajarnya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih demi menghormati proses siasatan serta menjaga privasi semua pihak yang terlibat,” katanya.

Iklan

UM turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan rasmi mengenai kes tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, sambil berharap pelajar berkenaan dapat ditemui dengan selamat.

Kes kini dalam siasatan polis.