Suspek menyamar pemandu teksi samun penumpang maut ditembak

Iklan
Keadaan di lokasi kejadian di Chow Kit pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam 24 kes samun tepi jalan menggunakan teksi maut selepas ditembak polis di Chow Kit di sini pada Rabu.

Serbuan dijalankan jam 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama Bukit Aman selepas berjaya mengesan suspek yang bersembunyi dalam sebuah bilik hotel di Chow Kit.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata ketika serbuan, suspek yang bersenjata api telah bertindak melepaskan tembakan ke arah polis selepas menyedari serbuan berkenaan.

"Tndakan itu berterusan sehingga ancaman keselamatan berjaya dihapuskan," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada Rabu.

Iklan

Fadil (tengah) bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian.

Fadil berkata, suspek kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi kejadian.

Iklan

"Dalam serbuan sama, kita turut merampas sepucuk senjata api dan dadah disyaki jenis syabu yang ditemukan di dalam bilik suspek," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah dikehendaki polis.

"Modus operandi suspek menyamar sebagai pemandu teksi untuk menyamun penumpang, khususnya wanita dan warga emas serta mangsa yang dirasakan lemah," katanya.

Beliau berkata, susulan kejayaan itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 24 kes samun yang dilaporkan sebelum ini

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Pihak polis bagaimanapun masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam kes samun berkenaan.