Pelajar UM hilang: Polis siasat semua sudut, teliti petunjuk

Nawal Shahirah
Nawal Shahirah
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menjalankan siasatan merangkumi semua aspek termasuk pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman pelajar Universiti Malaya (UM) yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, gadis terbabit masih belum ditemui setakat ini.

"Siasatan menyeluruh dijalankan termasuk meneliti semua petunjuk yang ada bagi mengesan keberadaan mangsa.

"Ini termasuk pemeriksaan CCTV di kediaman mangsa, jadi siasatan dijalankan merangkumi semua sudut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pelajar dikenali sebagai Nawal Shahirah Mohd Jamil, berusia 23 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah kondominium berhampiran Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 14 di sini, Selasa lalu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menjalankan siasatan ke atas pelajar UM yang dilaporkan hilang
  • Siasatan merangkumi pemeriksaan CCTV kediaman pelajar tersebut
  • Gadis tersebut masih belum ditemui
  • Meneliti semua petunjuk yang ada untuk mengesan keberadaan mangsa
  • Pelajar hilang tersebut dikenali sebagai Nawal Shahirah Mohd Jamil, berusia 23 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!