Baiki kereta dorong belajar TVET

Iklan
Mohamad Shafiq berjaya memiliki perniagaan sendiri selepas mendalami jurusan automatif TVET yang menjadi salah satu flagship NIMP 2030.

SHAH ALAM - Mula mengenal spanar di bangku sekolah, Mohamad Shafiq Zulkafli, 29, kini bergelar usahawan muda berjaya dalam bidang automotif hasil pembelajaran menerusi laluan TVET.

MOHAMAD SHAFIQ

Iklan
Iklan

Mohamad Shafiq tidak pernah menyangka minatnya terhadap kereta yang dipengaruhi oleh bapanya sendiri akhirnya memiliki dua bengkel automotif di Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak dengan pendapatan mencecah RM60,000 sebulan.

Usahawan itu memulakan langkah dengan menyambung pengajian dalam bidang automotif di Kolej Komuniti Sungai Siput selama lebih setahun, sebelum meneruskan pengajian ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. 

Iklan

Menurutnya, empat tahun belajar dan bekerja dengan menimba kemahiran membaiki pelbagai jenis kenderaan termasuk buatan Jepun, Korea dan jenis continental yang lain.

“Bidang TVET banyak membuka ruang kepada saya untuk belajar secara praktikal. Selain teori, kami juga didedahkan dengan suasana bengkel sebenar. Ilmu inilah yang menjadi asas kepada kejayaan saya hari ini,” katanya lagi.

Iklan

Mohamad Shafiq membantu menyelenggara kenderaan pelanggan di salah sebuah premis miliknya di Ipoh.

Selepas tamat pengajian, anak jati Ipoh itu bekerja untuk mengumpul pengalaman sebelum memberanikan diri membuka bengkel sendiri dengan sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya. 

Dengan bantuan kewangan daripada ayahnya, beliau kini mengusahakan dua buah bengkel automotif yang menawarkan perkhidmatan overhaul dan pengesanan bunyi kenderaan menggunakan mesin khas. 

“Kami kini ada tujuh pekerja tetap dan pelanggan pula majoritinya adalah pelanggan tetap dengan kepakaran kami dalam diagnostik kenderaan,” katanya.

Mohamad Shafiq kini memasang impian lebih besar untuk membuka sebuah bengkel berskala gudang dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ilmu dalam bidang TVET ini sentiasa berkembang. Saya sendiri akan terus belajar dan meneroka bidang baharu serta berkongsi kemahiran dengan pelajar lain. 

"Kalau kita mahu berjaya, kita kena berani mencuba dan sentiasa ke hadapan dalam kemahiran,” ujarnya.

Kejayaan Mohamad Shafiq dalam bidang automotif mencerminkan keberkesanan pendekatan NIMP 2030 yang menekankan pembelajaran berasaskan kemahiran, latihan praktikal dan pendedahan industri sebenar.

Usaha memperkasa TVET dijangka terus membuka ruang kepada generasi muda untuk menyertai industri bernilai tinggi, sekali gus menyokong sasaran negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.