KUALA LUMPUR – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) merasmikan pembukaan cawangan ke-70 pada Sabtu di pusat beli-belah Datum Jelatek, sebuah pasar raya kejiranan baharu yang direka untuk gaya hidup bandar sebenar di mana kemudahan, nilai dan kebolehcapaian menjadi keutamaan.
Ketua Pegawai Operasinya, Neil Gurusamy berkata, cawangan itu direka khas bagi mendekati penduduk setempat dan golongan bekerja yang memerlukan penyelesaian membeli barangan runcit dengan pantas, mudah serta berpatutan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.
"Kami menawarkan harga murah bukan sekadar sempena hari pembukaan, malah dikekalkan untuk tempoh lebih panjang untuk membantu meningkatkan kuasa beli pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media di selepas acara perasmian Lotus's Datum Jelatek pada Sabtu.
Hadir sama Ketua Pegawai Pembangunan Kewangan dan Harta Lotus's Malaysia, Yvonne Yong dan Ketua Pegawai Eksekutif KITA Retail Management, Zetty Rahim.
Menurut Neil Gurusamy, pemilihan Datum Jelatek sebagai lokasi cawangan baharu turut didorong oleh faktor kedudukan strategik dan jaringan perhubungan yang baik.
Beliau berkata, pasar raya berkenaan mempunyai akses terus dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek, selain dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya utama seperti Ampang–Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), Duta–Ulu Klang Expressway (DUKE), Sungai Besi–Ulu Klang Elevated Expressway (SUKE) dan Middle Ring Road 2 (MRR2).
"Pasar raya ini diposisikan sebagai hentian beli-belah yang mudah untuk pengguna pengangkutan awam dan pembeli dari kawasan Keramat–Jelatek dan sekitar Kuala Lumpur," ujarnya.
Tambah Neil Gurusamy, sempena pembukaan cawangan, pelbagai aktiviti dan ganjaran eksklusif menanti ahli My Lotus’s, termasuk peluang menyertai permainan Claw Machine menerusi aktiviti Tangkap & Menang dengan perbelanjaan minimum RM80 dari 24 hingga 25 Januari 2026.
Menurutnya, pelanggan-pelanggan yang membeli-belah di Lotus’s Datum Jelatek juga berpeluang menikmati hidangan percuma seperti nasi lemak, roti Gardenia atau Massimo serta kek cawan Lotus’s, terhad kepada 150 set sehari.
“Selain itu, dari 24 Januari hingga 3 Februari 2026, ahli sedia ada dan baharu boleh menikmati ganjaran tiga kali ganda mata kesetiaan My Lotus’s dengan perbelanjaan minimum RM80 di Lotus’s Datum Jelatek.
"Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan menerusi kempen Jimat! Lagi Jimat! dengan perbelanjaan minimum RM120 dalam satu resit bagi mendapatkan baucar tunai sehingga RM5 untuk pembelian seterusnya, yang boleh ditebus dari 5 hingga 18 Februari 2026," menurutnya.
Tambahnya, peraduan Semuanya Ekstra Ongsem Belanja & Menang yang sedang berlangsung menawarkan peluang kepada ahli memenangi wang tunai dan baucar bernilai keseluruhan RM888,888 dengan perbelanjaan minimum RM128 bagi setiap resit melalui Aplikasi Lotus’s Malaysia, bermula 1 Januari hingga 25 Februari 2026.
“Sebagai tambahan, 10 pemenang mingguan akan menerima ganjaran wang tunai RM1,680 setiap seorang, manakala tiga pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai dan baucar bernilai RM16,800,” katanya.
Lotus’s Datum Jelatek sediakan 12,000 SKU
Neil Gurusamy berkata, Lotus's Datum Jelatek menawarkan rangkaian produk terpilih lebih daripada 12,000 unit stok simpanan (SKU), merangkumi hasil segar, barangan runcit, makanan sejuk beku, produk bakeri, keperluan isi rumah, produk kesihatan dan kecantikan, kelengkapan rumah serta peralatan elektrik kecil.
"Lebih menarik lagi, semua cawangan Lotus's Malaysia layak untuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Jika merujuk kepada label harga, pelanggan boleh lihat logo MyKasih dan MySARA.
"Kita ada lebih kurang 2,400 SKU dalam MySARA dan kami menjadi salah satu (pasar raya dengan jumlah SKU) yang tertinggi pada masa ini," ujarnya.
Menurut beliau, pelbagai tawaran istimewa turut disediakan sempena pembukaan cawangan itu menerusi promosi Tawaran Sehari yang berlangsung dari 24 hingga 31 Januari 2026, terhad kepada 1,000 unit bagi setiap produk.
Katanya, antara tawaran yang disediakan termasuk tisu dapur Lotus’s dan telur gred C masing-masing pada harga RM7.88, minyak masak Lotus’s pada RM26.99, ikan siakap bersaiz sederhana dengan berat 400 hingga 600 gram pada RM7.88 seekor serta tembikai merah pada harga 98 sen sekilogram.
"Pelanggan turut berpeluang menikmati promosi beli satu percuma satu bagi sardin dalam tin jenama Lotus’s dan berpeluang memperoleh diskaun sehingga 40 peratus untuk barangan terpilih seperti barangan runcit, snek, minuman, produk kesihatan dan kecantikan serta peralatan elektrik rumah.
"Promosi lain ialah ayam halal Lotus’s pada harga RM5.88 sekilogram, udang sederhana bersaiz L pada RM22.88 sekilogram dan lobak merah 500 gram pada 98 sen sebungkus.
"Selain itu, pengisar Elba dijual pada RM58.88 seunit dan penggoreng kering MAG Rapid berkapasiti 4.5 liter pada harga RM80.88 seunit," kata beliau.
Ujarnya, pelbagai tawaran istimewa juga disediakan khusus untuk ahli Lotus’s, termasuk promosi terpilih bagi barangan keperluan asas seperti ayam dan telur di cawangan berkenaan.
"Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Lotus’s Malaysia turut mempromosikan pelbagai barangan makanan, minuman, sos serta pakaian di cawangan ini. Ia adalah peluang terbaik untuk orang ramai datang dan membeli di Lotus's,” katanya.