Mana bina dulu, rumah ibadat atau pencawang elektrik?

Iklan
Undang-undang secara jelas melarang sebarang binaan di bawah atau terlalu hampir dengan pencawang elektrik. Gambar hiasan

MERAK Jalanan perhatikan satu ‘perangai’ terbaharu netizen di media sosial ketika ini yang bertanyakan soalan sinis berhubung isu pencawang elektrik dan rumah ibadat yang berkongsi tanah selepas foto lokasi tersebut ditularkan.

Ramai yang faham bahawa soalan itu merupakan psikologi terbalik sebagai satu sindiran untuk menggambarkan kekesalan masyarakat terhadap situasi yang sepatutnya mudah diselesaikan, tetapi dibiarkan berlarutan kerana kelemahan penguatkuasaan.

Iklan
Iklan

Undang-undang secara jelas melarang sebarang binaan di bawah atau terlalu hampir dengan pencawang elektrik.

Oleh itu, seandainya pencawang elektrik dibina terlebih dahulu, maka ia tidak boleh sesuka hati ditegakkan di tanah milik orang lain.

Iklan

Namun jika rumah ibadat itu yang dibina dahulu, tindakan penguatkuasaan perlu dilakukan ke atas penceroboh termasuk meruntuhkan semua struktur binaan.

Lebih mengecewakan, terdapat amalan yang mencetuskan perdebatan umum iaitu pemberian tanah ganti percuma dan pampasan kepada penceroboh tanah.

Iklan

Kaedah itu berisiko mendorong lebih ramai penceroboh bertindak berani memperluaskan kawasan ‘jajahan’.

Merak Jalanan melihat perkara tersebut sebagai salah satu faktor yang mewujudkan persepsi bahawa peraturan boleh diubah mengikut campur tangan politik atas tiket keharmonian.

Justeru, soalan bersifat sindiran yang digunakan netizen menunjukkan bahawa aspek keselamatan dan keadilan sepatutnya menjadi keutamaan, bukan diketepikan mengikut naratif atau tekanan pihak tertentu.

Sindiran tersebut tidak menghina mana-mana agama atau pihak berkuasa, sebaliknya cara masyarakat menuntut penjelasan berasaskan fakta.