Mendulang emas di Kelantan: Alternatif tambah pendapatan rakyat

Iklan
Harga pasaran yang kukuh memberi jangkaan bahawa hasil jualan emas boleh membantu meringankan beban kos hidup harian. Gambar hiasan

AKTIVITI mendulang emas di Kelantan kini dibenarkan secara sah melalui sistem lesen rasmi, sekali gus membuka lembaran baharu bagi rakyat negeri itu.

Bayaran lesen yang dikenakan pula hanya sebanyak RM100 setahun dan perlu diperbaharui secara tahunan.

Iklan
Iklan

Lesen tersebut membenarkan pendulang mendulang secara manual di kawasan sungai yang telah digazetkan oleh pihak berkuasa.

Harga pasaran yang kukuh memberi jangkaan bahawa hasil jualan emas boleh membantu meringankan beban kos hidup harian, terutama bagi keluarga berpendapatan rendah.

Iklan

Bagi sesetengah individu, aktiviti ini bukan sekadar hobi tetapi juga sumber pendapatan tambahan yang signifikan.

Dalam era kos hidup yang semakin meningkat terutama dari segi makanan dan keperluan isi rumah, pendapatan tambahan boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan keluarga berpendapatan rendah.

Iklan

Namun usaha itu bukan hadir tanpa cabaran kerana aktiviti mendulang emas bergantung sepenuhnya kepada hasil semula jadi yang tidak menentu.

Meskipun kos operasi rendah, pendulang masih perlu mengeluarkan masa dan tenaga yang banyak untuk hasil yang tidak tetap.

Peluang ini dilihat mampu memberi harapan baharu kepada pendulang tradisional dan komuniti kampung yang mencari jalan untuk memperbaiki ekonomi keluarga di tengah cabaran kos hidup masa kini.