Program Makan Percuma Indonesia jadi rujukan antarabangsa

Iklan
Delegasi JJIC ketika meninjau proses penyedian MBG di Depok, Indonesia.- Foto Agensi

JAKARTA – Indonesia kini mula menarik perhatian antarabangsa apabila pelaksanaan Program Makan Bergizi (MBG) percuma menjadi tumpuan pertubuhan perdagangan dan industri Jepun, yang melihatnya sebagai model dasar kebajikan berskala besar.

Menerusi lawatan khas delegasi Japan Chamber of Commerce and Industry (JCCI) ke Indonesia baru-baru ini, mereka menilai secara langsung keupayaan kerajaan membangunkan sistem penyediaan makanan berkhasiat yang terancang dan melibatkan jumlah penerima yang sangat besar.

Iklan
Iklan

Delegasi berkenaan mengunjungi pusat penyediaan makanan MBG di Pasir Putih, Sawangan, Depok dan menyaksikan keseluruhan operasi termasuk proses memasak, pembahagian hidangan serta pengagihan ke sekolah-sekolah penerima manfaat.

Ketua delegasi JCCI, Hayashi Hiroto berkata, garis panduan teknikal dan prosedur operasi standard yang diguna pakai dalam program itu disifatkan berada pada tahap tinggi dan hampir menyamai amalan di Jepun.

Iklan

Menurutnya, perbezaan utama hanya melibatkan piawaian pengukuran suhu makanan sebelum dihidangkan yang mana di Jepun ditetapkan pada minimum 80 darjah Celsius bagi menjamin keselamatan makanan.

Dalam lawatan tersebut, pihak Jepun turut mencadangkan kerjasama termasuk program latihan industri dan pemindahan kepakaran sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan MBG.

Iklan

Pihak berkuasa Indonesia menyifatkan kunjungan itu sebagai pengiktirafan bahawa negara tersebut kini mampu melaksanakan dasar sosial berskala besar dan menjadi rujukan negara lain.- Agensi