Myanmar nafi tuduhan genosid Rohingya di Mahkamah ICJ

Iklan
ICJ akan meneruskan pendengaran awam sehingga 29 Januari mengenai dakwaan bahawa Myanmar melakukan genosid terhadap minoriti Muslim Rohingya - Foto: Reuters

ISTANBUL - Myanmar pada Jumaat menafikan tuduhan ia melakukan genosid terhadap minoriti Muslim Rohingya dalam kes yang difailkan oleh Gambia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Pendirian tegas Myanmar ialah Gambia gagal memenuhi beban pembuktian. Kes ini akan diputuskan berdasarkan fakta yang dibuktikan, bukan pendakwaan tanpa asas,” kata wakil Myanmar, Ko Ko Hlaing, kepada badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Iklan
Iklan

"Gambia membawa kes itu pada November 2019, menuduh Myanmar melanggar"Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.”

Pada Khamis, mahkamah mendengar hujah pasukan perundangan Gambia mengenai siasatan bahawa pegawai tentera Myanmar menghasut keganasan melalui ucapan kebencian.

Iklan

ICJ akan meneruskan pendengaran awam sehingga 29 Januari mengenai dakwaan bahawa Myanmar melakukan genosid terhadap minoriti Muslim Rohingya.

Sebanyak 11 negara - Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, United Kingdom, Maldives, Slovenia, Republik Demokratik Congo, Belgium dan Ireland - memfailkan pengisytiharan campur tangan.

Iklan

Minoriti Muslim Rohingya telah lama menderita akibat penindasan di negeri Rakhine, Myanmar, dengan pihak berkuasa dituduh melakukan genosid.

Kira-kira satu juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh sejak 2017. - Bernama