Pesawat ATR 42-500 terputus hubungan, misi SAR digerakkan koordinat terakhir

Iklan
Pesawat itu kini sedang dikesan. Gambar hiasan

MAKASSAR – Sebuah pesawat jenis ATR 42-500 yang dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar dilaporkan terputus hubungan komunikasi ketika berada di ruang udara Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan pada Sabtu.

Pesawat milik Indonesia Air Transport itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Makassar namun dilaporkan terputus hubungan sekitar jam 1.17 tengah hari waktu tempatan (WITA).

Iklan
Iklan

Ketua Bidang Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Makassar, Andi Sultan berkata, pihaknya telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima koordinat terakhir pesawat daripada AirNav Indonesia.

“Kami telah menuju ke lokasi berdasarkan titik koordinat yang diterima, di sekitar kawasan Leang-Leang, Kabupaten Maros,” katanya.

Iklan

Menurut beliau, sekurang-kurangnya tiga pasukan SAR membabitkan kira-kira 25 anggota telah dikerahkan ke kawasan berkenaan bagi menjalankan operasi pengesanan.

Pesawat itu dikatakan membawa 11 individu iaitu lapan kru dan tiga penumpang.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maros, AKBP Douglas Mahendrajaya mengesahkan bahawa pihaknya turut menerima maklumat mengenai kejadian tersebut, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Ia masih dalam proses pengesahan,” katanya ringkas.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan maklumat lanjut mengenai punca kehilangan hubungan pesawat berkenaan, manakala operasi SAR masih diteruskan.- Agensi