Kelantan nafi dakwaan PM, tiada Exco hantar surat guna terma mohon kelulusan

Iklan
Mohamed Fadzli

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat Exco negeri ini menghantar surat yang menggunakan terma memohon kelulusan bagi projek.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, maklumat tersebut berpandukan kepada mesyuarat Exco pada Rabu yang memaklumkan tiada seorang ahli mesyuarat negeri berbuat demikian.

Iklan
Iklan

“Saya dimaklumkan dalam mesyuarat, tidak ada Exco yang menghantar surat dengan menyebut nama syarikat secara spesifik,” katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Menurut beliau, kerajaan negeri bersikap profesional dan berhati-hati, dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan balas tanpa merujuk dokumen sebenar.

Iklan

“Untuk membuat penjelasan menyeluruh, kita perlu melihat dahulu kandungan surat itu... konteksnya bagaimana, bentuknya macam mana.

"Tanpa dokumen itu, kita tidak boleh buat apa-apa kesimpulan,” tegasnya.

Iklan

Sinar Harian pada Selasa melaporkan Anwar mendedahkan mengenai dua surat berasingan daripada Exco Kelantan dan Terengganu yang menggunakan terma memohon kelulusan bagi projek.

Bercakap di Dewan Rakyat dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ), beliau menjelaskan bahawa perkataan meminta kelulusan rasmi berbeza daripada surat sokongan daripada bekas Setiausaha Sulit Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hanya memohon pertimbangan.

Anwar bagaimanapun mendedahkan surat dari Terengganu itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu selepas diasak Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mahu mengetahui siapa wakil kerajaan negeri tersebut.