Anwar dedah surat dari Kelantan, Terengganu guna terma mohon kelulusan

Anwar bercakap di Dewan Rakyat dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ), pada Selasa.
Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Anwar bercakap di Dewan Rakyat dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ), pada Selasa. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tentang dua surat berasingan daripada Exco Kelantan dan Terengganu yang menggunakan terma memohon kelulusan bagi projek.

Bercakap di Dewan Rakyat dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ), beliau menjelaskan bahawa perkataan meminta kelulusan rasmi berbeza daripada surat sokongan daripada bekas Setiausaha Sulit Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hanya memohon pertimbangan.

Anwar bagaimanapun mendedahkan surat dari Terengganu itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu selepas diasak Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mahu mengetahui siapa wakil kerajaan negeri tersebut.

“Saya nyatakan bahawa tidak setuju bentuk surat sokongan. Cuma kita perlu bezakan surat sokongan ini sepertimana dizahirkan baru-baru ini termasuk kes pegawai pejabat saya.

“(Bagi surat berkaitan) senarai enam syarikat minta dipertimbangkan, wajar untuk diberikan teguran kerana surat (menyebut) sila pertimbangkan, bukan syor meluluskan.

“Saya pergi ke mana-mana negeri ada yang serah surat, saya tulis sila teliti. Tetapi tidak boleh (jika minta) menyokong atau meminta syarikat itu diberikan kelulusan," katanya pada Selasa.

Beliau turut menyindir pembangkang yang didakwa mempertahankan perasuah besar yang secara jelas memberitahu kepada umum seolah-olah mahu dijadikan wira.

Katanya lagi, beliau tidak mempertahankan kakitangan sebaliknya menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa tanpa campur tangan.

“Bila ada siasatan kepada mantan Menteri Kewangan Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) bangun pertahankan. Pegawai saya dalam siasatan kenapa nak hukum? Saya cuma cadangankan Parlimen digunakan sebaiknya, jangan beri perlindungan kepada mana-mana perasuah,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tentang dua surat berasingan daripada Exco Kelantan dan Terengganu yang memohon kelulusan projek
  • Surat daripada bekas Setiausaha Sulitnya hanya memohon pertimbangan, bukan sokongan
  • Surat dari Terengganu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu
  • Anwar tidak setuju dengan bentuk surat sokongan yang meminta kelulusan secara langsung
  • Anwar serahkan siasatan kepada pihak berkuasa tanpa campur tangan dan mengkritik pembangkang yang mempertahankan perasuah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!