1,100 asnaf terima bakul makanan Ramadan

Iklan
Dr Abdul Fattah (depan, lima dari kiri) menyampaikan bakul makanan kepada penerima pada Majlis Agihan Zakat Asnaf di Masjid Imanul Faizin, Kota Bharu pada Isnin.

KOTA BHARU – Seramai 1,100 golongan asnaf daripada 11 masjid mukim di sini menerima bakul makanan sumbangan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Faizin sebagai persiapan menyambut Ramadan.

Timbalan Pengerusi Masjid Imanul Faizin, Dr Abdul Fattah Yaso berkata, setiap penerima menerima bakul makanan bernilai RM150 yang merupakan agihan zakat bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, barangan keperluan harian itu dibeli daripada 11 kedai runcit berhampiran masjid, sekali gus memberi limpahan manfaat kepada peniaga kecil di kawasan tersebut.

Penerima mengambil bakul makanan yang diagihkan ketika Majlis Agihan Zakat Asnaf di Masjid Imanul Faizin, Kota Bharu pada Isnin.

Iklan

“Pendekatan ini bukan sahaja membantu asnaf, malah turut menyokong ekonomi komuniti setempat. Ini ialah konsep kebajikan yang bersifat menyeluruh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Agihan Zakat Asnaf di Masjid Imanul Faizin di sini pada Isnin.

Beliau yang mewakili Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ibrahim Mat Sin berkata, program agihan zakat berkenaan merupakan agenda tahunan dan akan dilaksanakan secara konsisten dua hingga tiga kali setahun.

Iklan

Penerima beratur mengambil bakul makanan yang disumbangkan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

Dalam perkembangan sama, Dr Abdul Fattah memaklumkan bahawa daripada 1,100 penerima, seramai 400 asnaf menerima sumbangan pada Isnin, manakala selebihnya diagihkan pada Selasa dan Rabu.

Selain Kota Bharu, katanya, agihan turut diperluaskan ke Rantau Panjang serta Kuala Balah, Jeli, bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar.

“Setiap kawasan menerima 100 bakul makanan. Kami berharap sumbangan ini bukan sekadar meringankan beban, tetapi juga membawa kegembiraan dan sinar harapan kepada asnaf dalam menyambut Ramadan yang bakal tiba,” katanya.