Sijil halal lebih daripada sekadar pencapaian perniagaan

Iklan
GISNEVERN menunjukkan teh masala dan susu kunyit dalam tin. Foto Bernama

BERMULA dengan jualan teh RM1, seorang pelajar Universiti Multimedia (MMU) melakar sejarah selepas memperkenalkan satu inovasi tempatan iaitu teh masala steril dalam tin halal pertama di dunia.

Pengasas Leafhaus, A. Gisnervern, 31, tidak menyangka inisiatif kecilnya untuk menampung kos pengajian akhirnya mengubah cara rakyat Malaysia menikmati minuman berperisa rempah kegemaran mereka.

Iklan
Iklan

Gisnervern memulakan perniagaan tersebut, tidak lama selepas pandemik COVID-19 dengan menjual secawan teh masala pada harga RM1 kepada para pelajar MMU.

Beliau kemudiannya menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang mengambil masa selama dua tahun sejak 2023 yang membawa kepada pelancaran teh masala steril dalam tin halal pada Ogos 2025.

Iklan

Gisnervern yang merupakan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di MMU Cyberjaya, turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan di universiti yang sama.

A. GISNERVERN

Iklan

Beliau memulakan perniagaan itu sambil menyeimbangkan antara kuliah dan cabaran kewangan, hasilnya digunakan untuk menampung pengajiannya.

Bagi Gisnervern, sijil halal lebih daripada sekadar pencapaian perniagaan.

Populariti jenama itu berkembang pantas dengan lebih 3,000 tin terjual dalam masa dua minggu melalui TikTok Shop dan kampus MMU, semuanya tanpa pemasaran menggunakan pempengaruh.

Seorang pembeli dari United Kingdom yang mencuba minuman itu, membuka babak baharu untuk Leafhaus selepas dia memesan empat karton dan menjualnya di sebuah kedai serbaneka di Britain.

Dua kontena sedang disiapkan untuk dieksport ke Eropah dengan perancangan perluasan pasaran ke Timur Tengah dan Kanada tahun depan.

Dengan sasaran menjual 10,000 karton menjelang hujung tahun ini, perjalanan Gisnervern dari kampus ke kejayaan komersial membuktikan bahawa inovasi tidak semestinya bermula di makmal, kadangkala bermula dengan secawan teh sahaja. - Bernama