SEMPENA bulan Ramadan 1447H, Mardhiyyah Hotel & Suites tampil kembali dengan bufet Ramadan bertemakan Destinasi Rasa 3.0 selepas kejayaannya pada tahun-tahun sebelum ini.
Destinasi Rasa 3.0 kali ini menampilkan juadah asli tradisional dan antarabangsa yang halal dengan lebih 50 menu pilihan termasuk Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, Salad Betik Thai (Somtam), Gulai Kambing Batang Pisang Kenduri Kampung, Live Homemade Churros, Thai Boat Noodle dan Seafood On Ice.
Bermula dari pembuka selera hingga pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan seperti sate ayam dan daging, cucur, char kuetiau Pulau Pinang, mi mamak, otak-otak, sata, ais kacang dan pelbagai aneka kuih tradisional tempatan.
Pengunjung juga turut dihidangkan dengan masakan kegemaran mereka sepanjang masa seperti nasi kandar selain bubur lambuk daging rusa dan sup pekat tulang kambing berempah.
Untuk segmen pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati serawa durian, candy tower, sagu gula Melaka, Belgian Waffle, tiramisu pandan dan pelbagai jenis kek sebagai pelengkap juadah berbuka puasa.
Menariknya para pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih yang dipimpin imam jemputan di Surau Al-Latifah yang luas dan selesa.
Promosi terhad early bird berharga RM155.00 untuk dewasa sehingga 31 Januari 2026. Bufet Ramadan “Destinasi Rasa 3.0” bermula dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026 di Restoran Royale Songket.