PERSIDANGAN Ekonomi Halal Antarabangsa (IHEC) 2026 anjuran Pembangunan Ekonomi Islam Sedunia (WIED) menyasarkan nilai pelaburan dan peluang perdagangan sebanyak RM500 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif WIED, Datuk Seri Abdul Rani Osman berkata, IHEC 2026 yang akan berlangsung di Hotel Tenera & Suite, Bandar Baru Bangi pada 3 hingga 5 Februari depan, akan disertai lebih 500 delegasi tempatan dan antarabangsa dari 18 negara.
Iklan
Iklan
"IHEC 2026 menghimpunkan pembuat dasar, pegawal selia, pemimpin industri dari ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Eropah dan pasaran halal baharu.
"Secara keseluruhannya, sasaran nilai perdagangan yang kita buat adalah lebih daripada RM500 juta. Ini kerana ia bukan sahaja berlaku ketika persidangan, tetapi membabitkan perniagaan yang berterusan," katanya pada sidang media pengumuman IHEC 2026 di Bangi.
Sementara itu, Penaung dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur IHEC 2026, Tan Sri Dr Yusof Md Noor berkata, IHEC 2026 akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal global dengan menonjolkan kepimpinan negara dalam integriti pensijilan, rangka kerja peraturan dan kerjasama antarabangsa.
"Ia juga akan meletakkan halal sebagai kerangka ekonomi dan etika menyeluruh," katanya.
Artikel Berkaitan