Bufet Ramadan hujung minggu eksklusif di Cili Kampung

Iklan
KAMBING bakar golek antara hidangan utama di Cili Kampung.

RESTORAN Cili Kampung memperkenalkan Bufet Ramadan hujung minggu eksklusif bagi Ramadan 1447H yang akan berlangsung dari 18 Februari hingga 19 Mac 2026 di cawangan pusat beli belah Alamanda, Putrajaya.

Antara hidangan utama yang menanti pengunjung termasuk nasi minyak, ayam goreng berempah, daging masak lemak, kambing kuzi, sambal sotong dan ikan tenggiri sambal Rica Rica.

Iklan
Iklan

Turut disediakan pembuka selera seperti tauhu begedil, kerabu perut bersantan, ketupat palas kuah kacang serta pelbagai pilihan pencuci mulut tradisional.

DODOL turut dihidangkan untuk pengunjung di Cili Kampung, Alamanda sempena Ramadan 1447H.

Iklan

Selain itu, beberapa live station turut disediakan seperti Nyonya Kari Laksa, sate, roti john mini dan ayam bakar tiga sos. Bufet Ramadan ini akan berlangsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 6.00 petang hingga 10.00 malam bermula 21 Februari hingga 15 Mac 2026.

Harga early bird ditawarkan sehingga 31 Januari 2026 pada kadar RM128 (dewasa), RM68 (warga emas) dan RM58 (kanak-kanak), manakala harga biasa masing-masing RM138, RM78 dan RM68. 

Iklan