Makan makanan haram umpama minum racun – Ustaz Jafri

Iklan
BERHATI-HATILAH dalam memilih makanan halal di pasaran, jangan terpengaruh dengan pelbagai istilah yang mengelirukan. Foto Canva

GEMPAR baru-baru ini apabila satu pertubuhan menggunakan istilah Muslim Choice yang mengelirukan masyarakat terutamanya umat Islam.

Bagaimanapun, pertubuhan tersebut kini telah pun membuat keputusan untuk membubarkannya selepas diberi amaran oleh pihak berautoriti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Iklan
Iklan

Ia suatu perkara positif memandangkan penggunaan istilah seperti Muslim Friendly, No pork no lard dan seumpamanya telah banyak mengelirukan umat Islam dalam memilih makanan halalan toyyiban.

USTAZ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI

Iklan

Pendakwah, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi menjelaskan, umat Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mencuba sesuatu makanan yang viral.

“Sebagai contoh, pisang goreng yang viral dan ramai datang review. Kita tidak tahu rupa-rupanya minyak yang digunakan itu merupakan minyak babi untuk menyedapkan pisang gorang itu,” katanya dalam rakaman video di Facebook pada Rabu.

Iklan

Menjelaskan lebih lanjut beliau bertanya, apakah kita berdosa makan pisang goreng yang dimasak menggunakan minyak babi?

SELIDIKILAH terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam restoran dan membeli makanan yang dihidangkan. Foto Canva

“Tidak, kita tidak berdosa sebab bukan kita sengaja buat, tapi ia memberi kesan kepada diri kita.

Ujarnya, kita tidak berdosa kerana kita tidak tahu dan bukannya ada niat untuk membunuh diri, namun racun tersebut tetap merosakkan tubuh badan kita.

“Macam itulah apabila kita makan benda haram yang kita tidak tahu itu haram. Ia tetap memberi kesan kepada hati kita,” hurainya.

Beliau kemudiannya menyatakan orang yang jaga makanannya dan tidak terpengaruh dengan makanan yang viral itu merupakan orang yang paling selamat.

Katanya, orang yang sentiasa ingin mencuba makanan yang viral tanpa menyelidik status halal dan haram digelar sebagai orang yang tidak warak.