Sindiket ganja anak doktor tumpas, dadah bernilai RM299,590 dirampas

Iklan
Mohd Yusoff (dua, kiri) menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas selepas menumpaskan satu sindiket melibatkan adik-beradik tiri di Kampung But, Ketereh pada Selasa. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang aktif sejak 2023 selepas menahan dua beradik tiri yang merupakan anak kepada seorang doktor di Kampung But, Ketereh, Selasa lalu.

Dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 4.30 petang itu, polis turut menahan seorang wanita yang merupakan ibu kepada suspek lelaki berusia 23 tahun, manakala abang tirinya berusia 34 tahun.

Iklan
Iklan

Mohd Yusoff menunjukkan tiga suspek yang ditahan. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemui 35 kilogram (kg) ganja bernilai RM299,590.

Iklan

"Kami turut merampas sepucuk pistol serta 16 butir peluru yang bernilai RM5,000.

Polis Kelantan turut merampas sepucuk pistol serta 16 butir peluru yang bernilai RM5,000. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Iklan

“Dua kenderaan mewah jenis BMW dan Mercedes-Benz, sebuah Perodua Bezza serta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria turut disita dengan nilai keseluruhan RM116,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Polis Kelantan turut menyita dua kenderaan mewah jenis BMW dan Mercedes Benz serta Perodua Bezza dan MPV jenis Naza Ria. Foto Sinar Harian- HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Menurut beliau, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM420,000 dan dadah tersebut jika berjaya diedarkan mampu menjejaskan seramai 35,000 pengguna.

Ujarnya, hasil ujian air kencing kedua-dua suspek lelaki positif methamphetamine dan ketamin.

Mohd Yusoff memberitahu, modus operandi sindiket ini adalah menggunakan rumah sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diedarkan kepada pembeli menggunakan perkhidmatan kurier.

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga Selasa ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.