Pemilik syarikat didakwa 12 kes rasuah elak pemeriksaan barang bercukai

Iklan
Lye Seng (kanan) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat.

SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas 12 pertuduhan memberi rasuah agar lori membawa barangan bercukai seperti rokok elektronik dilepaskan tanpa pemeriksaan fizikal atau dokumen sah, tahun lalu.

Chua Lye Seng, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi rasuah kepada pegawai Kastam bagi memastikan lori-lori miliknya yang membawa barangan bercukai seperti rokok elektronik, dilepaskan dari Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tanpa pemeriksaan fizikal atau dokumen sah.

Tertuduh merupakan pemilik dua syarikat yang mana ia digunakan sebagai penerima.

Iklan

Barangan tersebut kemudiannya dibawa keluar dari Zon Perdagangan Bebas KLIA tanpa melalui pemeriksaan fizikal pihak Kastam, antara Mei hingga Oktober 2024. 

Dia didakwa masing-masing atas enam kes mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun sementara Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd Haziq Razali.

Hakim, Awang Kerisnada membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri dinpejabat SPRM setiap bulan dan tidak boleh berhubung atau ganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Ogos depan.