KIMMA pertahan diskaun lima peratus untuk kaum India Muslim
Iklan
Syed Ibrahim
GEORGE TOWN – Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan pemberian diskaun lima peratus kepada komuniti India Muslim bagi pembelian unit kediaman dan komersial di bawah Dasar Pemangkin Momentum Sektor Hartanah dan Pemilikan Rumah Inklusif Madani (MOC).
Presidennya, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, tawaran tersebut hanya melibatkan rumah dan premis yang telah lama tidak terjual, dan bukannya semua pembangunan hartanah di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Ini untuk rumah dan premis yang tidak terjual, yang mana ditawarkan kepada pembeli. Jadi, kenapa perkara ini perlu diperbesarkan?
"Kalau seseorang berminat dan mampu membeli, dia boleh dapatkan. Ini hanyalah satu tawaran perniagaan. Ia bukan bermaksud hanya kaum India Muslim yang boleh membeli,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.
Iklan
Syed Ibrahim berkata, Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S Sundarajoo yang memperkenalkan dasar tersebut juga merupakan bekas pemaju hartanah dan pastinya memahami realiti semasa serta kuasa beli dalam kalangan pelbagai kaum.
Katanya, daripada membiarkan rumah dan premis terus terbiar, sudah pasti Exco terbabit mempunyai perancangan untuk memastikan unit-unit tidak terjual itu dapat dipasarkan semula.
Iklan
"Selepas kaum Cina, kaum India Muslim merupakan kumpulan yang berada dan berkemampuan untuk membeli bangunan serta premis komersial di negeri ini.
"Beliau juga tahu komposisi pembeli mengikut kaum. Ini bukannya dasar berat sebelah seperti yang didakwa,” tegasnya.
Beliau menegaskan bahawa dakwaan kononnya diskaun tersebut hanya tertumpu kepada kaum India Muslim semata-mata adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan kekeliruan.
"Lainlah kalau kerajaan negeri menawarkan diskaun untuk semua pembangunan baharu hanya kepada kaum India Muslim, itu memang tidak betul.
"Tetapi dalam hal ini, ia hanya melibatkan rumah dan premis yang tidak terjual,” ujarnya.
Pada Sabtu, DAP Pulau Pinang meminta agar kerajaan negeri menyemak semula pemberian diskaun lima peratus kepada komuniti India Muslim bagi pembelian unit hartanah tidak terjual di negeri ini.
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri berhubung isu tersebut susulan maklum balas orang awam.
"Sebagai sebuah parti yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan, DAP sentiasa memperjuangkan keadilan dan kebajikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
"Adalah penting untuk kerajaan negeri terus menjunjung prinsip keadilan sosial dan memastikan hak setiap rakyat Malaysia untuk memiliki rumah dipelihara,” katanya.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.