BATU PAHAT – Ibu maut manakala anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi kenderaan dipandu lelaki di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di KM119.5, Jalan Johor Bahru–Melaka, Tanjung Laboh, awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa, Halimatul Sa’diah Mohamed, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala manakala anaknya berusia 29 tahun yang memandu kereta dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).