Rancang kewangan awal, elak berlaku krisis persaraan

Iklan
Laporan KWSP menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara kelak. Gambar hiasan

PERSARAAN sepatutnya menjadi fasa kehidupan lebih selesa buat mereka yang sudah menghabiskan sebahagian besar usia dengan pekerjaan.

Namun, realitinya ramai dalam kalangan kita yang tidak bersedia untuk bersara disebabkan ketidakstabilan ekonomi diri.

Iklan
Iklan

Antara punca utama krisis ini ialah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi apabila ramai yang mengeluarkan wang lebih awal sehingga menyebabkan baki semakin berkurangan.

Laporan KWSP menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara kelak.

Iklan

Dengan jangka hayat rakyat Malaysia sekitar 75 tahun, pesara memerlukan simpanan mencukupi untuk menampung kehidupan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun selepas bersara.

Sehingga 30 Jun 2024, hanya 34 peratus daripada ahli aktif KWSP di bawah usia 55 tahun mencapai Kuantum Simpanan Asas. Situasi ini bertambah buruk apabila ramai mengeluarkan simpanan KWSP semasa pandemik Covid-19 untuk menampung keperluan harian.

Iklan

Peningkatan kos sara hidup dengan Kenaikan harga barang asas dan perkhidmatan memberi tekanan besar kepada mereka yang tiada pendapatan tetap.

Bagi golongan M40 dan B40, keadaan ini memaksa mereka bergantung kepada bantuan keluarga atau kerajaan untuk meneruskan kehidupan.

Bagaimanapun, kurangnya kesedaran ramai mengenai perancangan kewangan merupakan faktor utama yang perlu diberi perhatian.

Untuk mengatasi krisis persaraan ini, persediaan awal sangat penting. Ramai hanya bergantung kepada KWSP tanpa mempertimbangkan simpanan atau pelaburan lain.

Sebaliknya, mereka boleh memulakan insentif lain seperti Skim Persaraan Swasta (PRS).

Selain itu, mencipta sumber pendapatan pasif seperti hasil sewaan dan peluang pekerjaan fleksibel untuk pesara boleh membantu mereka menjana pendapatan tambahan.

Begitu juga pentingnya menyelesaikan hutang besar sebelum bersara yang dapat mengurangkan beban kewangan.

Jelas, krisis persaraan memerlukan tindakan proaktif daripada individu sendiri dan disokong dengan dasar kerajaan. Dengan perancangan kewangan yang baik, rakyat Malaysia pasti dapat menjalani kehidupan persaraan lebih selesa.