2026: Era baharu sekolah selamat buli

Iklan
Sekolah perlu menjadi rumah kedua bagi murid, tempat mereka belajar, berkawan dan berkembang dalam suasana selamat serta menyeronokkan. FOTO: Bernama

ISU buli di sekolah bukan perkara baharu, tetapi kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan komitmen tegas dalam memastikan persekitaran pembelajaran selamat, sejahtera dan menyokong kesejahteraan murid.

Pelaksanaan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak, digabungkan dengan program 'kawan jaga kawan', serta Akta Anti Buli 2026 membuktikan bahawa pada tahun ini kementerian tidak hanya bercakap, tetapi mengambil langkah konkrit untuk menangani isu buli.

Iklan
Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa isu buli tidak boleh dikompromi dan tanggungjawab menjaga keselamatan murid mesti dipikul bersama.

Polisi ini mewujudkan ekosistem pendidikan yang terlindung di mana setiap pihak memainkan peranan untuk mencegah dan menangani sebarang ancaman atau tingkah laku tidak wajar.

Iklan

Di peringkat murid, program 'kawan jaga kawan' memperkenalkan pendekatan proaktif dan berasaskan sokongan rakan sebaya.

Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Aminuddin Hassim menjelaskan, jika murid dijaga oleh rakan, mereka tidak akan terasa terancam atau tidak selesa.

Iklan

Konsep ini bukan sahaja memupuk budaya tanggungjawab bersama, tetapi juga membantu murid yang terdedah kepada buli merasa lebih selamat.

Kaunseling untuk murid dan guru turut disediakan bagi memastikan pelaksanaan program ini berkesan, tanpa menambah tekanan kepada murid pengawas rakan sebaya.

Apa yang ibu bapa mahukan adalah pada 2026 kes buli dapat diturunkan berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai contoh data polis Kedah menunjukkan peningkatan laporan kes buli pada 2025 iaitu 43 kes berbanding 10 kes tahun sebelumnya.

Lonjakan ini bukan sahaja menunjukkan kesedaran masyarakat meningkat, tetapi juga memberi justifikasi kepada keberkesanan polisi dan program KPM.

Sekolah perlu menjadi rumah kedua bagi murid, tempat mereka belajar, berkawan dan berkembang dalam suasana selamat serta menyeronokkan.

Diharap dengan ada tiga elemen besar ini, KPM dapat menetapkan standard baharu bagi budaya sekolah di Malaysia di mana keselamatan, kesejahteraan, dan pendidikan berkualiti berjalan seiring, memastikan anak-anak kita terus dilindungi.