Isu Pengerusi PN: 'Bara panas' bakar kestabilan Pas?

Iklan
Jika Pas pula memilih untuk bergaduh sesama sendiri, jangan salahkan sesiapa apabila Putrajaya kekal di tangan kerajaan hari ini. Foto hiasan

PELETAKAN jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar soal peralihan kerusi, tetapi membuka pekung sebenar konflik kuasa yang lama bersarang, khususnya antara Bersatu dan Pas.

Isu perebutan jawatan Menteri Besar Perlis hanyalah pencetus, selebihnya pertarungan ego dan pengaruh gagal disorok lagi.

Iklan
Iklan

Secara teori, jawatan Pengerusi PN wajar diserahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, selaku timbalan dan ketua parti terbesar dalam gabungan.

Namun realitinya, keadaan kesihatan Abdul Hadi dan percaturan dalaman Pas menjadikan perkara itu lebih rumit. Muncul pula bayangan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon alternatif figura teknokrat, sederhana dan ‘boleh jual’.

Iklan

Pandangan Dr Mohd Zuhdi Marsuki menegaskan kepimpinan PN perlu kekal di tangan Bersatu atau jika diserah kepada Pas mesti dari kem ulama, mendedahkan hakikat pahit pertembungan kem ulama dan profesional dalam Pas belum reda.

Secara tersirat, pandangan kontroversi Dr Mohd Zuhdi dilihat cenderung kepada kepimpinan ulama Pas, sebenarnya mencetuskan perdebatan konflik pertembungan dalaman masih kritikal.

Iklan

Pada 2015, implikasi pertembungan dua kem dalam Pas menyebabkan fraksi yang dituduh puak 'Jebon' oleh pendukung setia Pas akhirnya keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Dengan unjuran Pilihan Raya Umum ke-16 dijangka berbaki setahun, adakah konflik jawatan Pengerusi PN bakal menjadi pencetus perpecahan baharu Pas.

Isu dalaman Bersatu ketika ini sudah semakin kritikal dan berpotensi memberi kesan besar kepada peluang PN memenangi PRU16.

Soalnya, adakah Pas benar-benar belajar daripada sejarah atau masih terperangkap dalam nostalgia kuasa dalaman? Dengan PRU16 semakin hampir, perbalahan soal jawatan Pengerusi PN berpotensi menjadi bara baharu membakar kestabilan Pas dan PN keseluruhannya.

Bersatu sudah pun tenat dengan konflik dalaman. Jika Pas pula memilih untuk bergaduh sesama sendiri, jangan salahkan sesiapa apabila Putrajaya kekal di tangan kerajaan hari ini. Kadangkala, musuh terbesar bukan lawan politik, tetapi kebodohan sendiri.