Lebih 500 biji popia basah terjual dalam dua jam

Iklan
Shafri menunjukkan popia basah diberi nama Popia Maktok.

SETIU - Seorang peniaga bazar Ramadan di sini tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan apabila popia basah yang diberi nama Popia Maktok itu laku keras dengan lebih 500 biji terjual dalam tempoh dua jam.

Shafri Bakri, 39, berkata, popia basah yang merupakan resipi turun-temurun sejak 1986 itu masih mengekalkan keaslian rasa meskipun mendapat saingan di pasaran terutama kuih moden dan viral.

Iklan
Iklan
Shafri (kiri) sedang menghasilkan popia basah.

"Ini kali pertama saya cuba berniaga di bazar Ramadan dan tidak sangka mendapat sambutan luar biasa berbanding perniagaan harian sebelum ini.

"Kita sedia maklum popia basah ini terkenal di negeri-negeri Pantai Barat dan ia jarang dijumpai di Terengganu malah ada penduduk di sini yang kurang mengenali popia basah berbanding popia biasa lain seperti popia goreng serta popia sira.

Iklan

"Jadi saya bersyukur apabila pipia basah ini mendapat permintaan daripada penduduk setempat sehingga ia habis terjual lebih 500 biji dalam tempoh dua jam dan

terpaksa menambah bilangannya setiap hari bagi menampung permintaan pelanggan ketika Ramadan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Iklan
Popia Maktok laku keras dengan lebih 500 biji terjual dalam tempoh dua jam.

Mengulas lanjut, Shafri berkata, setiap bekas mengandungi tiga biji popia dijual dengan harga RM5 manakala lima biji pada harga RM8.

"Keunikan popia ini adalah menggunakan resepi turun-temurun dari tiga generasi selain mengekalkan rasa asli popia basah tanpa sebarang inovasi.

"Sos popia itu turut dimasak lebih 12 jam bagi memastikan acuannya masak sepenuhnya serta mampu bertahan dalam tempoh lama.

"Selain itu, popia ini d 100 peratus dibuat sendiri oleh saya kerana kami tidak menggunakan kulit beli siap tetapi dibuat sendiri malah intinya juga dimasak terlebih dahulu sebelum dibungkus," jelas beliau.

Shafri berkata, dia ingin mengekalkan serta menjaga kualiti popia tersebut selain mahu terus memperkenalkan kepada generasi baharu supaya mereka dapat menikmati resipi turun-temurun popia basah milik keluarganya.