Puncak Niaga jayakan Iftar Ala Madinah@Karangkraf

Iklan
Azlan Shah (tengah) menyerahkan replika cek kepada Firdaus (dua, kanan) di Dataran Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.

PUNCAK Niaga Holdings Bhd tampil menyumbang RM22,500 bagi menjayakan program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Jumaat.

Pengarah Urusannya, Azlan Shah Rozali berkata, sumbangan tersebut bertujuan meraikan 1,500 pengunjung yang berbuka puasa secara beramai-ramai dalam program berkenaan.

Iklan
Iklan

"Inisiatif menaja program berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kepada masyarakat.

"Ia julung kali dilaksanakan menerusi kerjasama antara Puncak Niaga dan Karangkraf bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pihak,” katanya selepas majlis penyerahan replika cek program Iftar Ala Madinah@Karangkraf di pekarangan Dataran Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Hussamuddin (kiri) berbual mesra bersama Azlan Shah ketika menyambut ketibaan beliau ke Kumpulan Karangkraf.FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Iklan

Terdahulu, ketibaan Azlan Shah disambut oleh Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Ia diikuti dengan gimik penyerahan sumbangan antara Azlan Shah dan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin.

Iklan

Acara tersebut turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Pengarah Eksekutif (Sumber Manusia dan Pentadbiran) Puncak Niaga, Faridatulzakiah Mohd Bakhry; serta Pengarah Eksekutif (Perhubungan Awam dan Pembangunan Perniagaan) Puncak Niaga, Profesor Datuk Dr Mohd Zainul Fithri Othman.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli; Pengarang Eksekutif (Cetak), Azmi Tarmizi; Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Badruldin Zakaria; Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin, dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang.

Azlan Shah (depan, enam dari kiri) dan Firdaus (depan, lima dari kanan) bergambar sebagai kenangan bersama kakitangan Puncak Niaga.

Tambah Azlan Shah, Puncak Niaga sentiasa komited melaksanakan program CSR setiap tahun, termasuk mengadakan jamuan berbuka puasa bersama anak yatim.

Katanya, penajaan iftar tersebut didorong oleh Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd, Tan Sri Rozali Ismail yang turut menyokong inisiatif tersebut sepanjang bulan Ramadan.

Sehubungan itu, pihaknya menyambut baik usaha Karangkraf yang menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma kepada pengunjung.

Kakitangan Puncak Niaga turut serta dalam Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

"Ini pertama kali kita dapat lihat konsep ini, malah saya sendiri teruja melihat pelaksanaan program ini dan percaya ia boleh dijadikan inspirasi untuk diperluaskan ke lokasi lain, termasuk di Puncak Niaga pada masa akan datang,” ujar beliau.

Katanya, inisiatif Karangkraf juga menggalakkan lebih banyak pihak untuk turut sama menyumbang bagi menjayakan berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan.

Iftar Ala Madinah @ Karangkraf berlangsung dari 3 hingga 27 Mac ini bermula jam 6 petang setiap hari, kecuali Sabtu, Ahad, serta cuti umum.