KUALA LUMPUR - ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan yang tradisional serta memberi tumpuan kepada kerjasama yang bersifat transformasi dan berorientasikan masa depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.
Iklan
Iklan
"Kita perlu menjadi peneraju. Kejayaan kita bergantung pada sejauh mana kita menyepadukan teknologi baharu, membangunkan rangka kerja ekonomi yang kukuh serta memastikan masa depan yang lebih saksama dan mampan untuk semua,” kata beliau dalam ucaptama pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 pada Isnin.
Anwar berkata, Malaysia berada di tengah-tengah ketidaktentuan dan transformasi global yang ketara serta bukan sekadar pemerhati dalam arus perubahan geopolitik dan ekonomi. - Bernama