Tibi: Normalisasikan semula pelitup muka
Iklan
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada susulan penularan tuberkulosis atau tibi. Gambar kecil: Dr Yahya (kiri) dan Dr Sharifa Ezat
SHAH ALAM – Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada susulan penularan tuberkulosis atau tibi dengan menormalisasikan pemakaian pelitup muka, terutama ketika berada di tempat tertutup dan sesak.
Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Yahya Mat Arip berkata, meskipun penyakit itu tidak berjangkit melalui sentuhan fizikal, bakteria tibi boleh terapung di udara selama beberapa jam bergantung kepada keadaan serta tahap kelembapan sesuatu tempat.