Protes isu Azam Baki uji legitimasi moral kerajaan
Iklan
Rafizi (tengah) ketika berucap pada Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur pada Ahad. Gambar kecil: Syed Agil
SHAH ALAM – Protes dicetuskan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak semestinya menjatuhkan kerajaan secara langsung, namun berpotensi melemahkan legitimasi moral pentadbiran sedia ada.
Penganalisis Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, dari sudut komunikasi politik dan persepsi awam, demonstrasi sedemikian boleh memberi kesan jangka panjang terhadap keyakinan rakyat.