PM hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA

Iklan
Anwar (lima dari kanan) menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan San Choo, Wisma MCA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan San Choo, Wisma MCA, di sini.

Ketibaan beliau disambut Presiden MCA, Datuk Seri IR Dr Wee Ka Siong.

Iklan
Iklan

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kehadiran pemimpin utama negara itu menyerlahkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat pelbagai kaum.

Iklan

Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana penuh muhibah dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Iklan