Saringan minda sihat murid wajar disokong - Lam Thye
Iklan
Saringan minda sihat terhadap murid Tahun Lima ke atas wajar disokong mengambil kira pelajar generasi 'Gen Z', pelajar berdepan silibus yang semakin mencabar dan ia boleh memberi tekanan buat mereka yang sukar bersaing - Gambar hiasan (Gambar kecil: Lee Lam Thye)
SHAH ALAM - Saringan minda sihat terhadap murid Tahun Lima ke atas wajar disokong mengambil kira pelajar generasi 'Gen Z', pelajar berdepan silibus yang semakin mencabar dan ia boleh memberi tekanan buat mereka yang sukar bersaing.
Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, minda murid mudah dipenuhi oleh elemen negatif akibat daripada tekanan minda yang wujud daripada persekitaran pendidikan.
Iklan
Iklan
"Selain daripada persekolahan, tekanan yang dihadapi di rumah juga tidak kurang hebatnya. Harapan ibu bapa yang menggunung terhadap anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerlang di sekolah menambahkan lagi beban tekanan mental dan minda kepada pelajar.
"Ibu bapa dan guru-guru disarankan untuk mendidik anak-anak cara menguruskan tekanan dan stress yang wujud dalam minda anak-anak.
Iklan
"Ini adalah cara terbaik bagi mengelakkan anak-anak kita terjerumus melakukan aktiviti yang boleh membahayakan diri mereka mahupun orang lain," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan saringan minda sihat sebagai mekanisme pengesanan awal bagi mengenal pasti murid yang berdepan gangguan emosi.
Iklan
Katanya, saringan minda sihat dilaksanakan setahun sekali kepada semua murid Tahun Lima hingga Tingkatan Enam.
Dalam masa sama, Lam Thye menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) turut melakukan saringan kesihatan psikologi buat guru.
"Menurut menterinya baru-baru ini, dianggarkan 92.7 peratus guru memiliki profil kesejahteraan psikologi.
"Maka, guru perlu diberikan pemantauan yang sewajarnya mengenai penjagaan kesihatan mental mereka barulah mereka boleh memastikan pelajar-pelajar bebas daripada masalah mental dan tekanan akibat proses pembelajaran di sekolah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>