China mahu kekal hubungan stabil, sihat dengan Malaysia

Iklan
Jalinan di antara Malaysia dan Republik China melibatkan hubungan dua hala ekonomi, budaya, pendidikan dan teknologi semasa. - Foto: Ihsan Facebook Kedutaan Besar Republik China di Malaysia

SHAH ALAM - Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2020 kepada rakyat Malaysia dan mengharapkan hubungan kedua-dua negara terus kekal terjalin serta berkembang dengan stabil dan sihat.

Kedutaan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, Tahun Baru Imlek merupakan perayaan yang paling penting dan gembira bagi kaum Tionghoa apabila ahli keluarga pulang ke kampung halaman untuk berkumpul dan saling kunjung mengunjungi saudara-mara dan kawan-kawan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun di Malaysia perayaan itu turut diraikan oleh pelbagai kaum termasuk Melayu, India dan sebagainya sekali gus menjadikan negara ini unik. Begitu juga dengan jalinan kebudayaan yang istimewa antara China dan Malaysia.

"Pada tahun lalu, kita telah meraikan Ulang Tahun ke-45 Jalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia dengan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuklah perdagangan dan juga pelancongan," menurut kedutaan itu.

Iklan

Jelas kedutaan republik itu, jumlah dagangan China-Malaysia telah mencapai AS$123.96 bilion (RM504.40 bilion) dengan peningkatan sebanyak 14.2 peratus berbanding tahun 2018, selain jumlah pelancong China ke Malaysia telah melebihi tiga juta.

"Tahun ini ialah Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) dan Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Malaysia. Jadi, Republik China dan Malaysia akan terus bekerjasama dalam bidang kebudayaan dan pelancongan pada tahun 2020 dalam mempertingkatkan lagi persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Iklan

"Pada tahun 'Tikus' ini, pihak Kedutaan Besar Republik China di Malaysia berharap rakyat kedua-dua negara terus berganding bahu untuk mencapai lebih kecemerlangan serta memperkembangkan hubungan China-Malaysia dan mengharapkan semua rakyat Malaysia sentiasa sihat, gembira serta bahagia pada tahun ini," menurut kenyataan itu.