Katering FyraFazil mengorak langkah

Iklan
Raja Nur Dzafirah menyasarkan untuk meluaskan rangkaian Katering FyraFazil di seluruh Perak.

IPOH - Tiada pengalaman dalam bidang kulinari bukan penghalang kepada seorang wanita muda untuk mengukir kejayaan menerusi perkhidmatan katering.

Menyedari cabang perniagaan itu mempunyai saingan sengit dengan pengusaha terkenal lain, semangat mahu menaikkan jenama Katering FyraFazil terus dilakukan tanpa mengenal erti penat lelah.

Iklan
Iklan

Menurut Raja Nur Dzafirah Raja Ahmad Zainuddin, 30, kesungguhan dan keazaman tinggi adalah kunci utama bagi membuktikan golongan wanita juga mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki menerokai bidang masakan serta katering.

Katanya, meskipun mendalami bidang kecantikan selama empat tahun di Jakarta, Indonesia, dia melihat perniagaan berasaskan makanan sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.

Iklan

"Selepas tamat belajar dan kemudian berkahwin pada 2018, saya mula berasakan bidang katering ‘tak akan mati’ kerana rezeki dalam dunia makanan sentiasa ada walaupun ramai pesaing sudah lama bertapak dalam industri ini.

Lebih 100 pilihan menu dengan harga mampu milik serendah RM12 hingga RM20 setiap seorang.

"Justeru, saya buat keputusan memilih bidang yang jarang diceburi generasi muda ketika itu. Bermodalkan RM100,000 hasil simpanan sendiri, pelbagai peralatan dan kelengkapan lain disediakan pada awal penubuhan FyraFazil Enterprise,” katanya.

Iklan

Ibu kepada lima cahaya mata itu turut bersyukur kerana perniagaan diusahakan mendapat sokongan suami, Mohamad Fazil Che Suhani yang bertindak sebagai cef utama kerana memiliki pengalaman luas dalam bidang kulinari dan pengurus syarikat.

Menurutnya, keputusannya menceburi bidang makanan itu bertepatan ketika negara dilanda pandemik Covid-19 setelah dua tahun syarikatnya beroperasi.

"Pandemik dilalui dengan sabar meskipun berdepan cabaran. Perniagaan diteruskan dengan menyediakan makanan siap bungkus kepada pelanggan.

"Walaupun jumlahnya tak banyak seperti perkhidmatan sajian untuk majlis korporat, perayaan dan perkahwinan, syarikat kami dapat beroperasi dengan sebaiknya dalam tempoh dua tahun tersebut,” katanya.

Menurut Raja Nur Dzafirah, jadual tempahan katering kembali penuh selepas industri perniagaan dibenarkan beroperasi oleh kerajaan dan peluang itu digunakan untuk menjana pendapatan.

"Walaupun kami beroperasi di rumah, sambutan diterima amat menggalakkan dan alhamdulillah, pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.

Katering FyraFazil menyediakan pakej pelbagai menu dengan harga mampu milik serendah RM12 hingga RM20 setiap seorang.

"Kami menawarkan hampir 100 menu hidangan tradisional Melayu dan masakan Barat hingga Timur Tengah dengan menu utamanya nasi bukhari.

"Setiap bahan digunakan dalam masakan, kami pastikan ia mempunyai kualiti yang baik dan premium agar keenakannya dapat memuaskan hati pelanggan,” katanya.

PAKEJ MAMPU MILIK

Tambah Raja Nur Dzafirah, misi syarikatnya adalah menyediakan pakej pelbagai menu dengan harga mampu milik serendah RM12 hingga RM20 setiap seorang.

Jelasnya, walaupun menyedari harga barang terutama bahan mentah semakin meningkat, dia cuba sedaya upaya menyerap kos-kos berkaitan agar tidak membebankan pelanggan.

Katering FyraFazil juga menjadi pembekal makanan siap bungkus.

"Sasaran kami adalah mahu menjadi peneraju khidmat katering dan rangkaian perkhidmatan makanan seluruh negeri menjelang 2030.

"FyraFazil Enterprise bukan sahaja menawarkan khidmat katering, malah menjadi pembekal dan penghantar makanan mentah, pembekal makanan siap bungkus serta makanan diet.

"Kami juga memiliki butik pelamin dan busana perkahwinan dengan usaha sama beberapa premis sekitar Perak serta menjalankan spa dan salun dengan harga berpatutan dari rumah ke rumah,” katanya.