Bonus raya RM1,500 untuk penjawat awam Perak

Iklan
Saarani

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu.

BKK tersebut akan diterima seramai 11,261 orang penjawat awam termasuk ahli-ahli ex-officio, Orang Besar Jajahan, guru lantikan negeri dan pegawai lantikan kontrak dengan implikasi kewangan sebanyak RM16.89 juta.

Iklan
Iklan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian bantuan khas kewangan itu akan agihkan bermula pada 16 Mac depan untuk semua yang terlibat.

"Bila hasil kita baik masa belanjawan kita umum 2 bulan gaji. Tapi macam saya sebutkan tadi kita akan terus bekerja kuat supaya hasil kita terus meningkat. Jadi kerana itu bukanlah kita ini lokek sangat.

Iklan

"Dicadangkan pembayaran BKK Hari Raya pada kadar RM1,500 seorang termasuk ex-officio juga dapat RM1,500," katanya ketika berucap.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Perak.

Iklan

Beliau ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam Perak di Laman Seri Ridzuan di sini pada Isnin.

Saarani berkata, pembayaran BKK Aidilfitri itu juga turut dipanjangkan kepada guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebanyak RM500.