Kesan sampingan vaksin: KKM dapatkan penjelasan AstraZeneca
Iklan
Dr Dzulkefly (dua, kiri) meninjau aktiviti yang disediakan pada Program Saringan Kesihatan anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor sempena PRK Kuala Kubu Baharu di Kampung Tun Abdul Razak pada Khamis. Foto Bernama
HULU SELANGOR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin Covid-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, syarikat itu harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia bagi mengelak berlakunya kebimbangan awam.
Iklan
Iklan
"Kita minta wakil AstraZeneca membuat penjelasan yang lebih teliti dan saya mahu telus kepada rakyat dan media. Mereka mesti bertanggungjawab, tiada apa yang hendak kita sembunyikan, begitu juga mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada program saringan kesihatan di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak di sini pada Khamis.
Sebelum ini dilaporkan AstraZeneca mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin Covid-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.
Iklan
Gergasi farmaseutikal itu dilapor menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.
Dr Dzulkefly berkata, KKM akan terus memantau perkara tersebut selain mempunyai garis panduan klinikal untuk merawat individu yang menerima kesan vaksin.
Iklan
Sementara itu, beliau berkata, seorang pakar perubatan kecemasan akan ditempatkan di Hospital Kuala Kubu Baharu (KKB) pada bulan ini sebagai tambahan kepada seorang pakar perubatan dalaman yang telah ditempatkan secara kekal sejak Januari lalu.
Beliau berkata, menerusi langkah itu, penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu berulang alik lebih 45 kilometer ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
"Saya akan terus membuat penambahbaikan pada hospital KKB ini dan saya mahu fahamkan ini bukan dilakukan sebab pilihan raya (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu) tetapi ia sudah dirancang," katanya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>