Babson College pelajari rahsia perniagaan Kumpulan Karangkraf

Iklan
Hussamuddin (lapan dari kanan) bersama pengurusan tertinggi Kumpulan Karangkraf bergambar selepas menerima Piagam Keluarga dari Binapavo pada Rabu.

SHAH ALAM - Babson College Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengadakan kunjungan ke Kumpulan Karangkraf untuk mempelajari cara organisasi itu mampu bertahan hampir lima dekad dalam industri media.

Pensyarah Etika Perniagaan Babson College, Profesor James Hoopes berkata, tujuan rombongan bersama 22 penuntut adalah untuk melihat cara dan pemikiran syarikat yang diuruskan satu keluarga besar.

Iklan
Iklan

"Sudah pasti, mereka ini (barisan lembaga pengarah syarikat) menerapkan nilai etika tinggi memandangkan salah satu anak syarikat di bawahnya adalah antara agensi media terbesar di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Rabu.

Mengulas mengenai sesi perkongsian bersama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, James mengakui ia satu peluang terbaik bagi setiap penuntut mempelajari cara membangunkan perniagaan melalui pembabitan ahli keluarga.

Iklan

Menurut James, beliau begitu teruja melihat penuntut Babson College kerap mengajukan pelbagai soalan kepada Hussamuddin berkenaan legasi syarikat keluarganya.

Dalam pada itu, lawatan berkenaan turut diselitkan dengan penyampaian Piagam Keluarga oleh Binapavo kepada tiga individu yang menjadi peneraju Kumpulan Karangkraf.

Iklan

Presiden Binapavo, Dr Mohar Yusof berkata, pihaknya dilantik untuk mengatur pelan strategik keluarga.

"Family charter (piagam keluarga) merupakan salah satu perkara penting yang menjadi garis panduan dan digunakan untuk membuat keputusan berkaitan keluarga, perniagaan serta pemilikan perniagaan.

"Bagi Kumpulan Karangkraf, ia unik kerana dibangunkan ahli keluarga,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28